Ingin berkongsi
09.26.07 (9:13 am) [edit]Assalamualaikum... Diam tak diam dah 2 minggu kita berpuasa di bulan Ramadan yang mulia ini. Moga setiap amal ibadah yang dilakukan diberkati olehNYA. Maaf dah lama tak post. Agak sibuk dengan latihan di tempat kerja baru di mana aku perlu menjalani pelbagai kursus dan ujian lisan dan tulisan. Setakat ini alhamdullilah aku lulus semua. Kegiatan menulis cerpen dan rencana yang telah lama aku tinggalkan akan aku rancakkan semula. Alhamdullilah sejauh ini telah menghasilkan 4 karya baru setelah menyertai bengkel penulisan SURIA. Nantikan kemunculannya di akhbar, insyaALLAH. Dalam kesibukan aku, sempat juga membaca buku. Aku sekadar ingin berkongsi kata-kata yang diutarakan oleh Ustazah Bahyah yang aku kutip dari novel ADAM dan HAWA karya Aisya Sofea. Renungkanlah bersama terutama mereka yang sudah berumahtangga... Isteri yg baik dapat mengilhami suami Isteri yg cerdas dapat membangkitkan perhatian suami Isteri yg cantik dapat menawan hati suami Isteri yg penuh kasih sayang dan lemah lembut, dialah yg dapat MENGUASAI suami. 0012hrs Anchorvale Link Nomoremrniceguy
Lirik lagu rock yg menarik...
09.05.07 (8:36 am) [edit]Assalamualaikum... Kali ini aku ingin berkongsi lirik lagu rock menarik yg aku dgr. Biasanya, lagu rock tidak mempunyai makna tertentu, mempunyai makna tersembunyi atau kalau death metal takde makna dan bunyi mcm takde lirik sebab yg kedengaran hanya bunyi dentuman dram dan suara penyanyi yg bunyinya seperti sakit tekak yg amat sangat. Bagi mereka yg berminat dgn perkara sebegini, hayatilah sebahagian bait lagu 'Metalingus' nyanyian kumpulan Alterbridge ni: I've been defeated and wiped out dropped to my knees when hope went out the time has come to change my world on this day I see clearly everything has come to life bitter place and broken dreams I'm leaving all(2x)behind... 2330hrs Anchorvale Link Nomoremrniceguy
Rahsia Perkahwinan
09.03.07 (6:48 am) [edit]Assalamualaikum... Bulan ini genaplah 3 bulan aku mendirikan rumahtangga. Sesungguhnya dalam waktu yg singkat ini, begitu banyak dugaan dan cabaran yang telah aku lalui. Namun, aku TIDAK akan menyampaikannya dalam blog ini kerana ia bersifat terlalu peribadi. Biarlah ia menjadi RAHSIA PERKAHWINAN aku. Post aku kali ini akan menyentuh beberapa perkara yg bersangkut paut bab perkahwinan jugak. Pada mereka yg mengenali aku dan tahu membaca di tengah baris(read btw the lines), silalah mentafsir post aku kali ini. Persiapan yang rapi amat PENTING. Bukan setakat kewangan, namun SEGALA-GALANYA. Setiap aspek kehidupan perkahwinan perlu dibincangkan SEBELUM bertunang atau mendirikan rumahtangga. Ini pandangan ikhlas seorang sahabat. Butiran majlis tersebut hanyalah membentuk peratusan kecil kerana apa yang lebih penting ialah hari pertama dan seterusnya selepas majlis berakhir. Cth, apakah peranan suami, apakah peranan isteri, apa yang akan dilakukan di saat ditimpa kejadian yang tak diduga dan yang PALING penting, apakah yang diharapkan oleh sang isteri terhadap suami dan begitu juga sebaliknya. Satu atau lebih perbincangan antara pasangan perlu diadakan jadi masing2 tahu apakah kemahuan, keinginan dan harapan masing2 dan tiada KEJUTAN selepas majlis berakhir. Setiap aspek majlis yang melibatkan wang juga perlu diberi perhatian kerana ketelusan dalam hal ini penting.Jangan berselindung dan bawaklah berbincang sekiranya punya masalah kerana tiada masalah yang tidak dapat diselesaikan. Dari segi peribadi pula, lelaki dan wanita yg akan hidup bersama pastinya mempunyai sejarah atau rahsia masing2(kecuali ianya cinta pertama). Samada anda mahu menceritakan rahsia-rahsia anda pada pasangan anda atau tidak, terpulanglah kerana ada buruk dan baik melakukan perkara tersebut. Seandai anda memilih untuk menceritakan, bersedialah untuk menghadapi apa juga kemungkinan kerana anda tidak mungkin dapat menjangka reaksi pasangan anda. Jika anda memilih utk tidak menceritakan, pastikan anda kuburkan semua rahsia-rahsia anda itu agar ia tidak kembali menjejas dan menghantui perkahwinan anda kelak. Jangan terus memberi harapan palsu pada sesiapa dan jangan pula berlaku tidak adil pada pasangan anda kerana anda telah membuat PILIHAN utk hidup bersama dgnnya. Sahabat yg sama juga memberi pandangan garis panduan yg nyata haruslah dilukis semasa masih dalam alam percintaan lagi. Lelaki tidak seharusnya cengeng dan lembik(bukan lembut), dan perempuan pula tidak seharusnya terlalu mendominasi hingga menjadikan perhubungan itu berat sebelah. Harus ada sifat saling menghormati perasaan masing2.Jangan takut utk bertengkar kerana pertengkaran akan membantu mempererat hubungan yg ikhlas ini. Seorang pakar memberi pendapat pasangan yg benar-benar bahagia dan amat mencintai antara satu sama lain ialah pasangan yang merasakan kadangkala dia tak boleh hidup bersama pasangannya tapi dalam masa yg sama juga dia tak boleh hidup TANPA pasangannya. Post ini akan diakhiri dengan sebuah tukilan dari DR James Dobson dari sebuah rencana yg terbit di akhbar TODAY 'Jika anda BERDUA telah membulatkan tekad untuk menjalani sebuah perkahwinan yg bahagia, tiada apa yg BOLEH menghalangnya.' 2145hrs Anchorvale Link Nomoremrniceguy
Pandangan, perhatian
07.28.07 (6:45 am) [edit]Assalamualaikum Setelah lama 'berehat', akhirnya tergerak juga hati ini untuk menulis post baru bagi ruangan ini. Kesibukan tambahan sebagai suami ternyata menyukarkan aku mencuri masa untuk menulis, usahkan untuk blog, bahkan karya-karya kreatif. Berulang kali dalam ruangan ini, aku nyatakan tentang perlunya pengurusan masa tapi kini ternyata aku perlu cerminkan diri aku sendiri dan benar-benar membahagikan masa untuk semua perkara yg aku sayangi-isteri, keluarga, karya. Doakan moga aku dapat melakukannya dengan cemerlang. Kehidupan sebagai suami ternyata benar-benar mengubah pandangan aku kepada kehidupan secara keseluruhan. Aku melihat kehidupan kini dari sudut yang amat berbeza sekali. Aku bersyukur ke atas semua perkara yang baik berlaku pada aku, besar atau kecil. Tanggungjawab sebagai suami juga memerlukan aku menunjukkan contoh yang baik yg boleh diteladani oleh isteriku. Yg penting, kehidupan sebagai suami mengajar aku untuk belajar menghormati pandangan orang lain iaitu isteriku. Dalam segi ini, aku masih dalam proses pembelajaran. Aku juga sedang dalam proses memperbaiki kelemahan-kelemahan aku yg lain. Antaranya, kecenderungan aku untuk berbual panjang lebar dalam menyampaikan sesuatu perkara. Kini aku sedang belajar untuk cakap straight to the point. Moga aku berjaya dalam proses memperbaiki diri ini. Dalam kita menjalani kehidupan, kadangkala kita tidak begitu mengambil endah apa yang berlaku disekeliling kita. Buku Paulo Coelho THE ALCHEMIST(silalah baca, agak mendalam isinya sungguhpun bukunya kelihatan mudah dan nipis) ada menulis perlunya kita prihatin kewujudan petanda-petanda dan bertanya pada hati apakah makna petanda-petanda tersebut. Ramai yang musnah akibat tidak mengendahkan petanda-petanda dan ramai juga yang berjaya kerana akur tentang kepentingan petanda-petanda. Dalam agama Islam, jika terlepas sesuatu yang baik, itu menandakan bukan rezeki kita dan TUHAN menyediakan sesuatu yang lebih baik di masa akan datang. Namun, sebagai manusia, kita tidak seharusnya mengulang kesilapan yang pernah kita lakukan dan sebaliknya belajar dari kesilapan tersebut. Maaf kalau post kali ini melalut. Fikiran si penulis iaitu aku agak bercelaru sikit. Kalau ada yang faham, alhamdulillah. Kalau tak, maafkan kalau membuang masa awak ye. Moga post akan datang tak melalut mcm ni, hehehehe. 2155hrs 28 July 2007 Pasir Ris Dr 4
Kehidupan setelah berumahtangga
06.12.07 (8:01 am) [edit]Assalamualaikum Alhamdullilah. Majlis perkahwinan aku selamat dilangsungkan.Sebelum ini, ramai rakan2 aku mengatakan kehidupan akan terasa amat berbeza setelah berumahtangga. Setelah hampir dua minggu menjadi suami, memang terasa kelainannya. Sukar untuk aku jelaskan di sini. Tapi yg pasti, aku menjadi semakin prihatin dengan semua aspek tingkah laku aku dan penampilan. jika masih ada 'tertinggal', isteriku akan mengingatkan serta membetulkan aku. Aspek pemikiran juga seperti berubah dengan serta merta. Jika semasa bujang, hanya diri sendiri dan keluarga yg dipikirkan, tapi kini, isteri, keluarga isteri, keluarga sendiri perlu diberi perhatian. Sesungguhnya aku tidak tahu apa yg akan mendtg memandangkan pelayaran aku dan isteriku ini baru sahaja bermula. Namun, akan aku pohon petunjuk dariNYA agar aku dapat menunaikan kewajipan aku sebagai suami dengan baik dan perkahwinan kami terlindung dari anasir2 negatif. Terima kasih kerana membaca post ringkas aku ni. Doakan kami ye... Signing out as a husband Zaini Pasir Ris 2300hrs
Minggu terakhirku...sbg org bujang
05.26.07 (9:15 am) [edit]Assalamualaikum... Ya, akhirnya masa yg dinantikan hampir tiba. Hari ini adalah minggu terakhir aku bergelar org bujang. Tiba 1 Jun kelak, aku akan bergelar suami pula. Sepanjang perjalanan menuju ke pembinaan mahligai bahagiaku ini, aku tidak nafikan dilanda pelbagai onak dan duri, termasuk perkara2 yg biasanya mampu melumpuhkan seseorang secara mental. Tak pyhlah aku katakan apakah dia perkara-perkara itu. Secara langsung, timbulnya perkara-perkara tersebut menguatkan sebab mengapa ini dinamakan jodoh. Bukti paling nyata betapa aku disayangi dia yang akan bergelar isteriku juga sudah aku lihat. Terima kasih sayang...Moga TUHAN memberkati perkahwinan kita ini. Perjalanan menuju ke mahligai ini juga sekaligus menunjukkan pada aku betapa pentingnya perancangan jangka panjang, perlunya mempunyai pilihan dalam membuat keputusan, pentingnya berkomunikasi dan yang PALING PENTING...UTAMAKAN YANG UTAMA. Filem Spiderman 3 mengutarakan satu perkara penting ttg perkahwinan-a man has put his wife b4 himself. Peter Parker ditanya makciknya May apakah dia mampu berbuat begitu. Dalam Islam juga turut ditekankan soal kepentingan menjaga hal ehwal isteri oleh suami, baik dari segi keperluan mahupun dari segi batiniah. Apapun, aku mohon doa dari semua pembaca agar aku dapat melakukan yang terbaik dalam peranan baruku. Terima kasih sekali lagi kerana sudi membaca blog yang tak sepertinya ini. Untuk tidak menyinggung mana-mana pihak, post2 yang akan dtg tidak akan mengandungi sebarang cerita peribadi lagi. Sebaliknya, ia akan mengutarakan luahan rasaku ttg isu2 semasa.Moga terus membaca... signing out as a bachelor.. Zaini 27/5/2007 0015hrs
puisi istimewa buat insan tersayang
03.29.07 (9:59 am) [edit]Sayang,
bukan satu illusi
bukan juga mimpi ngeri
apa yang pasti t
ak mampu ku hidup sendiri
jika kau tiada di sisi
DIA MAHA MENGETAHUI
Betapa kontang hati ini
Betapa gelap dunia ini
jika kau tiada di sisi
Tak mampu ku berdiri
Apalagi untuk berlari
Jika kau tiada di sisi
Seri di wajahmu
Penenang jiwa resahku
Manis senyum bibirmu
Pengubat segala gelisahku
Riang derai tawamu
Beralun indah di ruang telingaku
Lembut sentuhan manjamu
Tiada pernah ku rasa jemu
Sayang
ingin ku sampaikan
laungan sanubari
moga dikau akan mengerti
Tiada yang lain bertakhta di hati
Hanya DIKAU duhai permaisuri
Moga TUHAN memberkati
Pelayaran yang bakal kita tempuhi
sebagai suami dan isteri...
0059
30 Mar 2007
Anchorvale Link
Satu kelainan
03.06.07 (9:43 am) [edit]Assalamualaikum Rasanya sudah puluhan kali saya memohon maaf kerana kelewatan nak post. Apakan daya, kesibukan menjadi penghambat utama. Namun, kali ini ada kelainan yang ketara. Post ini akan sepenuhnya dalam bahasa inggeris. Bukan membelakangkan bahasa melayu, tetapi ada beberapa perkara yang rasanya lebih mudah disampaikan dalam bahasa inggeris. let me start off by saying my marriage preparations have been going on well. but i cant help but worry. my friends who are already married said that its normal, and it will get WORSE when one is already married. Hehehe. What the heck? But, one thing remains clear. There is no one else i wish to marry but...U my dear. I know u will read this. U stood by me when I was facing my darkest hour two odd years ago, and I believe 'impossible is nothing' with you by my side. Its not gonna be ez, Its not gonna be smooth sailing, but there's no one i wish to have by my side but U. Having said that, I do feel a tinge of envy whenever I see the friendster profiles of my NIE friends. They are flourishing in their careers and on the way to the top, championing the Malay language. Kudos to all of U, buddies. Best of luck. Sometimes I just wish I have another shot at moulding young minds. I would love to prove that I did not spend 4 years of my life getting a piece of paper that is now WORTHLESS. But then again, HE has a plan for me. That's y HE is giving me this challenge as a test. As I like to 'preach' to people, HE doesnt test U for NOTHING. THere is always a reason. 'ASK AND YOU SHALL RECEIVE...' as the old adage goes. Hmm...now that I am about to enter another stage of my life, its time to step up a gear or 2. I always ask myself why am i not as sucessful as i could possibly be, despite having all the 'keys'? I have read most of the major titles in self help history- AWAKEN THE GIANT WITHIN, UNLIMITED POWER (TONY ROBBINS), THINK AND GROW RICH (NAPOLEON HILL), OVER THE TOP (ZIG ZIGLAR) just to name a few, yet I am nowhere near where I wanna be. Maybe I should really take heed my ex boss words- you have all the tools but not using them. I should start doing what I know, instead of just knowing what to do. Oh well, thats another story for another day. To all(including myself)here's a timely reminder - THE CHOICE IS YOURS. Just think, we have yet to tap the potential power of our mind. only 1-2% of it is used. Imagine this- running thro Sahara Desert(as related by a dear friend). Is it training? Maybe. Is it nutrition? Maybe. But more importantly, the BELIEF that it can be done. Food for thought to my educator friends - Only 3 out of 320 top A level students are Malays. Are we being left behind? Damn, I digress again. The point is IF YOU ARE NOT HAPPY WITH ANYTHING, YOU AND ONLY YOU HAVE THE POWER TO DO SOMETHING ABOUT IT. Thank you for reading this limited edition rumblings and musings about unrelated matters. Hope readers get something beneficial. Tune in for the next post. 'IMPOSSIBLE IS NOTHING' Countdown to Marriage - 86 days... Zaini Anchorvale Link 0145hrs 7March 2007
Tirai pembuka 2007
01.20.07 (8:13 am) [edit]Assalamualaikum Walaupun 2007 sudah berusia 3 minggu, inilah post sulung aku untuk tahun baru ni. Seperti biasa moga tak jemu membacanya. Kerja Baru 10hb Jan 2007 adalah hari terakhir aku bekerja dgn syarikat katak tu. Aku terus meletakkan notis berhenti 24 jam. Rata-rata kawan-kawan di tempat tu terkejut dgn tindakan aku tapi apa nak buat, mmg rezeki aku dah tamat di situ. Lagipun, permainan politik yang dahsyat menyukarkan aku menjalankan kerja seperti biasa. Tambahan pula, dgn keadaan gaji aku yg dipotong atas alasan syarikat mempunyai masalah kewangan dan aku akan naik pelamin dalam beberapa bulan ini, rasanya tak logik kalau aku terus bekerja di situ. Mujurlah ada seorang kawan yang sudi menawarkan aku kerja sebagai supervisor di AMK Hub tapi buat sementara aku ditugaskan membantu supervisor di LOT1. Gaji yang ditawarkan pun alhamdullilah kerana melebihi gaji lama aku. Cuma, kerana aku mentah dalam hal2 pengurusan pusat membeli-belah, aku diperlukan bekerja lebih masa untuk aku mempelajari selok-beloknya. Memang memenatkan dan mencabar. Luangkan masa Bercakap soal mencabar, dengan waktu bekerja baru aku yang agak panjang ditambah pula dengan kesibukan tunang aku memberikan tumpuan pada 2 pekerjaan, memang mencabar untuk kami meluangkan masa bersama.Tanggal 8 Jan 2007, aku mengambil cuti untuk meluangkan masa bersamanya. Sungguhpun dia baru pulang dari kerja syif malam, dia mahu juga melayan kehendak aku. Thks again dear. Diam tak diam, penghujung bulan Jan hampir tiba. Bermakna tinggal 4 bulan sahaja lagi untuk kami bersiap untuk melayari bahtera perkahwinan. Aku berdoa selalu agar persiapannya berjalan lancar. Untuk kesekian kalinya, maafkan aku keran kelewatan post ni. Dengan waktu bekerja yang panjang, semakin sukar untuk aku post. Namun, akan aku cuba post seberapa kerap yang boleh. Terima kasih kerana tetap sudi membaca blog aku ni. wassalam. 0025hrs Anchorvale Link
Sekelumit 2006 dan azam 2007
12.28.06 (6:08 am) [edit]Assalamualaikum.. Rasanya memang banyak peristiwa yang agak menarik berlaku pada aku di tahun 2006 ini. Namun, kali ini aku TIDAK akan menyingkap semula kisah-kisah tersebut tetapi hanya akan menyebutnya sepintas lalu sahaja. Peribadi Jika ada diantara anda yang memelihara bunga, tentunya ianya memerlukan penjagaan rapi dan sempurna agar bunga tersebut tidak layu. Perumpamaan ini juga berkait dengan hal-hal perhubungan dan percintaan. Aku tidak akan menyatakan apa yang berlaku tetapi cukuplah kalau aku katakan aku begitu alpa kerana tidak mengendahkan langsung aspek-aspek 'penjagaan' rapi dan sempurna hingga 'bunga' yang aku miliki hampir mati. Mujurlah Yang Maha Esa masih mengasihani aku dan memberi peluang kedua padaku. Syukur Alhamdullilah... Kerja Buku-buku kerjaya banyak menyatakan jika anda tidak puas hati dengan kerjaya anda, berusahalah memperbaikinya atau CARI KERJA LAIN. Setelah dua tahun, aku merumuskan aku perlu mencari kerja lain kerana syarikat aku sekarang telah : 1. menaikkan pangkat dan gaji selepas enam bulan. 2. cuba membuat aku berhenti dengan meletakkan aku dalam keadaan yang amat sukar sekali. 3. mengurangkan gaji aku dengan mendadak dengan alasan kekurangan bajet sungguhpun aku tahu apa yang sebenarnya berlaku. Wajar kan? Aku tak sanggup lagi hendak bekerja di tempat yang tidak menghargai langsung kemahiran dan kebolehan yang aku ada dan sebaliknya memberi ganjaran kepada mereka yang CERDIK kerana pandai BODEK. Perkara-perkara yang belum selesai bagi 2006 1. Lesen motor 2B yang tertangguh sekian lama sedangkan orang lain sudah pun selesai dan dah dapat lesen 2. kuruskan badan kerana aku baru hilang 15kg dan perlu hilangkan 15kg lagi-nak naik pelaminlah katakan kalau tak pelamin senget seperti yang sering diusi tunang kesayangan aku tu,hehehehe.... 3. mencari semula fokus aku yang semacam 'hilang'-pencarian aku diteruskan ke 2007 4. merancakkan semula aktiviti penulisan yang terbantut sepanjang 2006 Selain itu,aku perlu melakukan perkara-perkara penting ini pada 2007: 1. Dapatkan lesen kereta kelas 3 kerana penting untuk kerja baru aku 2. Dapatkan semula otot-otot yang 'hilang' kerana tiada penjagaan sepanjang beberapa tahun yang lampau. 3. Dapatkan rumah untuk keluarga yang akan aku bina pada 2007. Begitulah sepintas garapan 2006 dan apa yang akan berlaku tahun 2007. Oh ya, untuk 2007, aku akan berpegang pada prinsip K.I.S.S-keep it simple stupid, hehehehe. Selamat menyambut tahun baru untuk semua pembaca.Moga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki. 2213hrs Anchorvale Link
Sekelumit kisah aku yang terlambat sgt nak post....
11.28.06 (2:48 am) [edit]Assalamualaikum... Seperti 'biasa', dah sebulan lebih aku tak post. Bukan tak nak, komputer tua ni banyak meragam (termasuklah ada virus) hinggakan aku naik malas nak mencuba post cerita aku yang terbaru. Jadi apa yang tertera di bawah ialah sedutan cerita-cerita baru dan juga yang dah basi. Harap tetap sudi membacanya ye... Yang basi... Yang baru bagi raya kali ini ialah aku berpeluang beraya di rumah pakcik tunang aku di Johor. Rata-rata saudara-mara sebelah mak dia dari Singapura turut dtg dan bermalam di situ kerana pakcik dia mengadakan kenduri. Mujurlah ia bukan sesuatu yang 'baru' bagi aku. Dapat juga aku melihat bagaimana semangat gotong royong yang masih diamalkan keluarganya semasa membuat persiapan untuk kenduri tersebut.Kagum aku melihat semangat yang hampir 'mati' (kerana Singapura mengamalkan budaya 'bayar dan siap' dewasa ini)ini wujud di depan mata aku. Cara meminta maaf tunang aku pun jauh berbeza kali ini. Sungguhpun masih tidak 'formal', aku menghargai usahanya itu kerana dia cuba melakukannya dengan cara yang seteratur mampu. Aku ada beritahu dalam post lepas 1 Disember aku akan menjalani satu lagi sleep study. Tgklah macam mana keputusannya nanti. Satu kejutan berlaku beberapa minggu lalu apabila aku mendapat surat 'charge' dari SAF atas alasan aku tidak mengambil RT. Aku diarah ke sana untuk melaporkan diri sambil menerima 'hukuman'. Nasib baik pegawai yang bertugas amat bertimbang rasa dan hanya memberi amaran. Dari segi kerja, insyaALLAH 2007 aku akan bekerja di tempat baru dengan gaji yang jauh lebih baik. Sesungguhnya ini akan membantu aku menambah 'dana' perkahwinan aku yang akan berlangsung dalam masa beberapa bulan ini. Tambahan pula keadaan di tempat kerja kini huru hara setelah seorang pengurus dibuang serta-merta atas tuduhan menipu syarikat. Tambahan pula, syarikat tempat aku kerja kini sedang dalam proses membuang kerja lantaran kegagalan mendapat tender baru. Jadi memang wajarlah aku angkat kaki. Sepupu tunang aku baru melangsungkan persandingannya pada hari Ahad lepas. Beliau dan suaminya nampak begitu berseri-seri di majlis yang sangat meriah di mana artis setempat, HAmzah Adon bertindak sebagai juruacara. Begitulah cerita aku sepanjang sebulan setengah yang lalu. Tak lama lagi, 2007 akan menjelang dan seperti tahun lalu, aku akan membuat post penutup tirai 2006. Natilan kemunculannya....(mcm iklan pulak, hehehehe) 1905hrs Anchorvale Link
Bulan Ramadan dan Musim Raya
10.13.06 (8:08 am) [edit]Assalamualaikum, Begitu cepatnya masa berlalu. Tidak disedari sudah hampir 3 minggu Bulan Ramadan sudah berlalu. Puasa bagiku pada tahun ini lebih mencabar kerana perlu 'berperang' dengan cuaca yang kadangkala tidak menentu. Kalau panas, boleh cair rasanya. Namun, yang lebih penting, tahun ini terdapat beberapa perkara yang membuat aku gembira. Seperti tahun lepas, aku telah berbuka puasa dengan tunang aku serta ibu bapa aku. Kali ini ia berlaku agak awal iaitu pada minggu pertama Ramadan. Selepas itu kami semua bersiar-siar di bazar yang sungguh panjang itu. Bapaku begitu ghairah ingin membeli lampu laplip yang baru. Aku pula tergerak ingin membeli baju Melayu setelah hampir 2 tahun tidak bertukar. Yang kelakar, bila dah dapat je lampu, ibu dan bapa aku terus nak balik. Tinggallah aku dgn tunang aku jalan-jalan sekitar bazar. Biasalah, lain yg dihajat lain pula yg dibeli. Aku dan dia akhirnya beli baju kurta yang lembut dan selesa. Kerana itulah, aku pergi lagi semalam dan mencari juga baju Melayu bersama ibu bapaku sambil berbuka di Joo Chiat. AKu berkenan dengan baju yang terdapat di 2nd Chance. Harganya pun tak mahal. Hari Ahad ini, aku diajak tunang aku berbuka bersama teman-temannya di Tampines. Aku ikut je. Supervisor aku 'meraung' sebab aku tak dapat bantu dia pada hari Ahad nanti. Takpelah sebab minggu depan aku perlu bekerja malam selama 2 hari berturut-turut sempena Deepavali yg jatuh pada hari Sabtu. Minta2lah badan aku larat hehehe. Kemungkinan besar aku perlu menjalani satu pembedahan lagi untuk memperbaiki masalah tidur aku. Pembedahan yang pertama, sungguhpun berjaya, masih belum mampu menghapuskan masalah ini sepenuhnya. Aku dijadualkan menjalani satu lagi ujian tidur(sleep study) di hospital pada 1 Disember nanti. Tgklah hasilnya bagaimana. Aku terfikir juga sebab doktor ada beritahu dulu yang pembedahan yg kedua lebih perit dan menyakitkan. Nasiblah. Adik aku, Wiwit telah selamat melahirkan hero yang memang dinantikan oleh keluarga aku, terutama bapa aku. Nama dia MOhd Rezky Adrian. Power kan. Mcm nama org Indon, hehehehe. Apapun, aku gembira kerana kedua2 adik aku selamat sungguhpun Wiwit terpaksa dibedah C-section kerana anaknya lambat sangat nak keluar cara biasa. Jadi, tahun ini keluarga aku sudah menjadi semakin besar. Makin meriahlah raya nanti. Oklah, itu aje update aku untuk kali ni. Selamat menjalankan ibadah puasa yg tinggal beberapa hari lagi ni. 2312hrs Anchorvale Link
Bulan Ramadan dan lain-lain
09.23.06 (9:53 pm) [edit]Assalamualaikum... Begitu cepat masa berlalu. Bulan yang mulia ini muncul kembali. Kepada semua pembaca berugama Islam, selamat menjalani ibadah puasa dan moga segala amalan ibadat kita diterima. Bulan Ramadan ini juga menandakan genap 3 kali aku menyambutnya bersama tunang aku. Hai, kan aku cakap, begitu cepatnya masa berlalu. Seperti tahun lepas, tunang aku menelefon aku malam tadi. Kami berbual agak lama juga kerana sudah lama tidak berbual. Aku tahu aku rindu kat dia. Dia pulak,hmm... biarlah itu jadi rahsia aku dgn dia hehehehe. Yang menggeletek hati aku, ada ke dia gelarkan diri dia perempuan 'malang' kerana 'terpaksa' kahwin dgn aku. hehehehe. Kami juga berbual ttg perancangan hari raya dan juga rancangan utk berjumpa pada minggu hadapan. Bukan berjumpa kosong tapi hendak meninjau tempat tinggal baru utk aku dan dia. Kemudian, berbuka puasalah pada ptg harinya. Kadangkala sukar nak percaya aku dah nak kahwin dan akan keluar dari kepompong keluarga tapi itulah hakikatnya semakin masa berlalu. Apapun, aku bersyukur kerana pelayaran kami masih utuh dan jarang diganggu ombak tapi harus tetap berjaga-jaga kerana bak kata tunang aku, apapun boleh berlaku. Dari segi kerja, aku memang ingin nak cari kerja lain kerana kerja 7 hari seminggu ni memang memenatkan. Cuma belum ada rezeki lagi. Aku terserempak dgn seorang pensyarah aku masa di NIE dulu. Dia memberitahu ada peluang kerja di satu tempat dan dia akan membantu aku utk cuba mendapatkannya. Alhamdullillah. Moga bantuannya membuahkan hasil. Aku juga ada berkenalan dgn seorang pemandu teksi yg juga bekas guru seperti aku. Sungguhpun baru berkenalan, kami dapat berbual seumpama kawan lama. Dia memberi galakan kepada aku agar tidak 'melupakan' kebolehan aku menulis dan memberi khidmat pada masyarakat dgn cara yang lain pula. Hmm.. aku tak pernah terfikir macam tu. Kebetulan pula, aku mengikuti seorang teman ke sebuah konsert utk meraikan bekas banduan, Project Yellow Ribbon. Aku mendpt sebuah risalah menjemput mereka yang berminat utk menjadi sukarelawan utk tampil ke depan. Hm... satu idea yang wajar diberi pemikiran yang lebih mendalam. Tgklah nanti... Setakat itu ajelah buat kali ni. InsyaALLAH akan aku cuba update blog ni seberapa kerap yang blh.Terima kasih kepada semua yg sudi membaca. 'Always improve,always evolve, never give up' THE ROCK 24 Sept 2006 1300 hrs Anchorvale Link
Pos Pembedahan dan lain-lain
08.27.06 (1:14 am) [edit]Assalamualaikum, Pembaca-pembaca setia blog aku pasti mengetahui aku menjalani pembedahan untuk membuang tonsil kat dalam tekak aku. Alhamdulillah, pembedahan tersebut berjalan dengan lancar dan sekarang aku sedang dalam proses pemulihan. Memandangkan ini pembedahan yang pertama yang aku lalui, bohong kalau aku katakan aku tidak rasa takut, gementar dan lain-lain perasaan negatif. Namun, aku yakinkan diri dengan mengatakan ini satu pembedahan yang perlu agar aku dapat tidur lena di malam hari dan bekerja dengan sempurna pada esoknya. Tambahan lagi, tunang aku ada di sisi aku hampir sepanjang hari kecuali ketika di bilik pembedahan. Terima kasih di atas kehadiranmu, sayang. Ibarat mengantuk disorongkan bantal. Hati aku mula berdegup kencang apabila aku disorong ke bilik pembedahan. Kelihatan ada beberapa orang bergaun biru, bersarung tangan getah dan bertutup litup. Ada seorang Mat Saleh di antara mereka. Selepas itu, aku tak ingat apa2 lagi sebab muka aku ditekap dengan alat penyalur udara yang menyalurkan kimia sebal ke dalam badan aku. Bila aku bangun, perit rasa tekak aku dan sukar untuk bercakap. Tidak lama kemudian aku disorong semula ke wad di mana kelihatan 2 orang adik aku sedang menanti bersama tunang aku. Aku hanya mampu tersenyum lemah. Keluarga aku dan keluarga tunang aku turut datang melawat aku. Kesemua pelawat aku pulang sebelum waktu melawat tamat kecuali tunang aku yang menemani aku sampai jam 9 malam. Tunang aku datang lagi menjengok aku semasa waktu tugasnya pada keesokan harinya dan aku juga dibenarkan pulang. Thks again dear... Aku pulak rasa beruntung kerana diletakkan dalam wad hawa dingin B1 dan hanya perlu membayar harga wad B2. Begitulah lebih kurang kisah pembedahan aku. Entah berapa kilo badan aku dah hilang kerana kurang dan TAK MAMPU makan sejak pulang dari hospital. Tapi kira oklah sebab dapat faedah 2 dalam 1, hehehe... Oh ya, adik aku Siti selamat melahirkan seorang lagi puteri di malam aku berada di hospital. Nama anak sedara aku yang lagi sorang ni AMIRA IZRINA.Nampaknya adik aku dah cukup korum nak tubuhkan Siti's Angels, hehehehehe... Tinggal tunggu si hero milik adik aku Wit lahir ke dunia. Pejam celik hari ni genap setahun aku bertunang. Cepat sungguh masa beredar. Aku bersyukur kerana tiada banyak konflik yang berlaku antara aku dan dia. Kembang hidung aku bila terdengar perbualan dia dan rakan dia dan dia memuji aku, hehehe. Dah aku katakan, dia ni jenis sayang tak tunjuk depan punya, betul tak sayang? Itu jelah celoteh aku buat kali ini. Kepada yang mendoakan aku, terima kasih aku ucapkan. Moga terus sudi membaca blog aku ni. 'Impossible is NOTHING' signing out...
Cerita terbaru
07.31.06 (6:41 am) [edit]Assalamualaikum... Sempena adanya beberapa cerita baru, maka aku naikmuatlah dalam blog aku ni. 22 Ogos nanti, aku akan menjalani satu pembedahan. Bukan sakit, sekadar nak membuang tonsil aku. Doktor menyarankan aku membuang tonsil untuk membantu mengubati sakit tidur yang aku alami selama ini. Aku rasa bermacam perasaan berkenaan pembedahan ini, gugup ada, gementar ada, tapi gembira pun ada. Tak kisahlah, yang penting inilah peluang aku nak bermanja dengan tunang aku tu sebab aku akan dibedah di CGH tempat dia bekerja. Seperti biasa, siang-siang lagi dia 'buat bodoh' bila aku utarakan hal ni tapi aku tahu dia cuma aksyen tak kisah, hehehehe. Diam tak diam dah setahun aku bertunang. Cepatnya masa berlalu. Tahun ini pun genap usia aku 30sen (seperti yg selalu diusik tunang aku) Aku tak rasa apa-apa cuma macam ada kekurangan sikit gitu sebab orang lain dalam usia aku dah ada macam2 pencapaian tapi aku belum ada lagi. Takpelah, biar lambat asal ada. Sekali lagi aku akan mencuba untuk mencari pekerjaan baru. Kali ini di SPH. Aku benar-benar inginkan satu cabaran baru apatah lagi terasa betul2 condemn kerja kat tempat aku sekarang sebab tiada banyak perubahan sejak tahun lepas terutama dari segi manfaat bagi pekerja. Tengoklah macam mana. Doakan aku ye. Itulah sajalah berita terkini dalam hidup aku. Terima kasih kerana masih membaca blog aku ni.Sekian....Wassalam Impossible Is Nothing- ADIDAS
Perubahan demi perubahan
07.12.06 (6:14 am) [edit]Assalamualaikum... Maaf dah lama tak post. Takde byk cerita yg menarik. Tapi kali ni perlu sebab ada beberapa perubahan yg telah berlaku... Secara tiba-tiba, aku ditukarkan lagi ke tempat kerja lain. Kali ni lebih mencabar sebab aku diletakkan di bahagian luar, bermakna aku tidak lagi perlu hadir ke pejabat. Mmg kurang stres tapi kali ni perlu 'melawan' sinar panas mentari dan hujan yg mendtg. Nasib baik ketua tempat baru aku tu mmg bukan org asing tapi org yg telah mendidik aku semasa aku mula bekerja di syarikat ni. Jadi masalah utama ialah menyesuaikan diri dengan keadaan kerja di luar. Tidak lagi berdepan dgn komputer tapi memegang pulak penyapu, cakar dan lain-lain lagi untuk membantu mana yg patut. Tugas aku di situ sebenarnya penolong penyelia.Mujur juga pekerja-pekerja di situ rata-rata mmg aku dah kenal jadi tidak sukar menyesuaikan diri. Skrg dah 2 minggu aku kerja di luar.nampak gaya badan aku pun dah mula sesuaikan diri. Kalau mula2 dulu mahu lepak bila sampai rumah. hehehehehehe Selain itu, aku ada menerima berita yg kurang menyenangkan baru tadi siang. Aku perlu menjalani sekurang2nya 2 pembedahan dan membuat perubahan secara menyeluruh pada cara kehidupan aku. Kira2 dua minggu lalu, au menjalani sleep study di CGH. Ujian ini disarankan doktor kerana aku ada beritahu aku sering rasa mengantuk setiap hari jam 10 pagi ke atas biarpun sudah tidur awal malam sebelumnya. Jangkaan doktor ialah aku mengidap sleep apnea, masalah tidur yg agak serius apatah lagi aku mengaku aku tidur berdengkur. Ternyata jangkaan doktor tepat dan hari ini aku ditunjukkan pelbagai data yg mereka kumpulkan hasil ujian tersebut. Mmg memeranjatkan. Doktor secara terus terang memberitahu aku perlu menurunkan berat badan aku demi untuk melawan penyakit ini, jika tidak ia akan menjejaskan kesihatan aku kelak. Kalau sbl ni aku sering memberitahu aku akan kuruskan badan, kali ni dah jadi kes MESTI. Doakan aku ye. Aku perlu juga ubahsuai cara hidup aku agar berat badan aku kekal rendah nanti dan TIDAK naik lagi, hehehehehe. Oklah. Itu saja celoteh aku utk kali ni. Slmt membaca... 'To get what you never have, you MUST do what you never done.' Wassalam
Kisah yang bermacam-macam...
05.24.06 (3:45 am) [edit]Assalamualaikum... Ketika ini aku sedang berada dalam 'tahanan'....Jeng...jeng...jeng bukan jel tapi reservistlah. Diam tak diam dah setahun berlalu sejak aku masuk reservist tahun lalu. Nampaknya kali ini lebih baik sikit sebab setakat ni aku belum 'KO' mcm tahun lalu, hehehehehe Pelbagai cerita telah aku lalui sejak post aku yg terakhir. akan aku kongsi di perenggan yg seterusnya.. Akhirnya, setelah hampir setahun, aku akhirnya bertentang mata dengan...suami si polan. Malahan aku dapat berjabat tangan dengannya.Namun salam aku salam penuh berisi. Si polan terdiam melihat tindakan aku. Tercapai jugak hajat aku yg sekian lama terpendam ni. Tunang aku menunjukkan kesungguhannya ingin berumahtangga dengan aku apabila dia menempah sebuah pakej perkahwinan walaupun tarikhnya masih jauh lagi. Heran jugak dia bila aku ucapkan terima kasih. Aku cakap terima kasih tu kerana dia menunjukkan keyakinan yg sebegitu tinggi pada aku sedangkan kami berdua sama-sama tahu pelayaran pertunangan masih penuh dengan gelora. Dia siap bagi amaran kat aku 'no funny business', hehehehehe. Kan aku dah ckp, dia sayang aku tak sebut tapi dgn perbuatan. Tempat kerja aku kembali bergelora apatah lagi dgn kedtgan seorang supervisor baru yg begitu tinggi keinginannya. Biarpun aku kini ada seorang pembantu, namun tekanannya begitu terasa. Terbaru ialah dua org pekerja lama berhenti akibat tekanan yg aku ckpkan tadi. Kadang2 timbul juga rasa kecewa apabila kerja penterjemah tu terlepas dari genggaman aku. Apa nak buat. Bukan rezeki aku. Namun ada hikmah di sebalik semua ni. Salah seorang pekerja yg berhenti tu menawarkan peluang kerja tapi bukan di sini. Di KL. Agak lumayan juga. Tunang aku memberikan aku kebebasan untuk membuat keputusan yg wajar. Bagi aku, aku cuma menunggu tamatnya reservist aku ni sebelum membuat keputusan dan langkah seterusnya. Adik perempuan aku yg kedua bakal melahirkan anak lelaki. Selamat aku. Kurang sikit tekanan untuk aku dan tunang aku, hehehehehehe. Adik perempuan aku yg pertama pula bakal dpt seorang heroin lagik. Nasiblah dpt 3 dara. Mesti pening kepala dia dan adik ipar aku apabila mereka meningkat dewasa kelak. Apapun, nampaknya keluarga aku akan semakin besar dalam masa terdekat ni. Moga kami dilimpahkan rezeki oleh Yang Maha Esa dgn kedtgan insan2 baru ni. sekian dululah. Dah panjang sgt cerita aku ni. nanti melalut pulak.Ciao bebeh! 'Impossible is nothing' ADIDAS
Pergi Ke KL lagik dan cerita2 lain
04.20.06 (9:03 am) [edit]Assalamualaikum semua... Sudah agak lama jugak aku tak post. Memang ada beberapa cerita menarik yg ingin aku kongsi untuk tatapan semua yg setia membaca blog aku yg tak sepertinya ni. Aku skrg sedang menunggu tawaran kerja dari Kementerian Ehwal Dalam Negeri sebagai penterjemah. Dah agak lama juga aku jalani temuduga sekitar bulan Feb namun surat tawaran tu masih belum sampai juga. Tapi aku tahu aku perlu bersabar dan aku yakin ianya akan sampai juga lantaran penyelia aku ada beritahu yg dia sudah dihubungi oleh pihak berkenaan bertanyakan tentang perwatakan aku. Berita aku akan meninggalkan pekerjaan aku yg skrg ini sudah tersebar dgn begitu meluas. Rata2 semua menyokong dan ada yg mengatakan sukar utk mencari pengganti aku. hehehehe, kembang jugak rasanya. Perihal aku dan tunang aku, kami masih macam biasa dan sibuk dgn tugas masing2. Namun, aku gembira dia dapat melapangkan masa utk bersama aku dan keluarga aku. Yg terbaru ialah hujung minggu lalu. Kebetulan dia memang sdg tak kerja jadi dia dptlah menyertai aku dan keluarga pergi ke jemputan perkahwinan seorang kawan lama aku. Selain itu aku juga dijemput ke majlis kenduri kesyukuran anak kakak bekas tunang aku. Kami sekeluarga dijemput lantaran sudah lama kenal. Tunang aku pun turut dijemput. Mulanya, aku terfikir juga apakah akan bertembung dgn bekas tunang aku dan suaminya namun ternyata tidak kerana beliau telah pulang lebih awal. Aku bangga melihat tunang aku mampu menyesuaikan diri di tgh2 lautan manusia yg rata2 ahli keluarga bekas tunang aku. Rata2 mereka ingin berkenalan dgn tunang aku dgn lebih dekat.Aku tgk dia steady dan maintain cool...hehehehe....dats my girl. Yg aku agak sayu ialah melihat ibu bekas tunang aku tidak terlepas dari mengalirkan airmata setiap kali jumpa aku dan keluarga. Hai...entahlah. Yg pasti aku masih menghormatinya dan tetap memanggilnya emak kerana panggilan itu sudah sebati. Selain itu, tunang aku kelihatan begitu manja sekali dgn aku. Bukannya kami tidak pernah bertengkar, tapi aku bersyukur kerana pertengkaran itu tidak menjauhkan kami malah lebih mendekatkan kami. Lantaran lagi, countdown nak naik pelamin sudah bermula, hehehe. Perbualan kami tidak terlepas dari membincangkan isu tersebut. Aku cuma mampu berdoa agar ALLAH memberi aku semangat untuk mendapatkan rezeki mencukupi utk hari bahagia tersebut. Oh ya, aku akan ke KL lagi pada 21hb April ni. Berseminar lagik lah. Namun, di sebalik kerancakan aku nak pergi seminar dan berbisnes, pertanyaan seorang kawan membuat aku terfikir, 'Lu pergi seminar ada buat bisnes ka tak dak?' Hmm..aku sedar aku ni jenis VERY slowburner. Tapi pertanyaan itu membuat aku terfikir mungkin aku ni TERLAMPAU slow sebab Abg Sam dan isterinya, merangkap ketua bisnes aku sudah maju beberapa tapak ke hadapan tapi aku masih di situ juga. Hai....nampaknya mmg kena buat sesuatu.... Yg pasti, aku tahu aku tetap akan enjoy trip kali ni sebab kumpulan bisnes aku memang agak gila2 dan kecoh juga bila dlm perjalanan. Setakat itu ajelah cerita aku kali ni. Doakan kejayaan aku mengarang sebuah cerpen utk peraduan 'Noktah Putih' anjuran ASAS 50. Sungguhpun sukar dan aku ni agak karat rasanya sebab dah terlalu lama tak menulis, aku yakin dgn kemampuan aku utk menghasilkan sesuatu yg baik. Itu ajelah. Mahap kerana agak panjang juga post kali ni. Pada semua, majulah sukan utk negara....hehehehehe 'Impossible is nothing'- ADIDAS
Isu Perkahwinan
03.25.06 (5:18 pm) [edit]Assalamualaikum... Kali ini aku hendak kongsi satu pengumuman yang sangat PENTING.... Setelah sekian lama menulis dalam blog ni mengenai isu perkahwinan, akhirnya masanya telah tiba... InsyaALLAH, Jun 2007 akan menjadi bulan aku menamatkan zaman BUJANG aku dan mendapat gelaran SUAMI pula. Sebenarnya isu ni timbul agak mendadak juga. Pada satu hari, tunang aku telefon dan kami berbual panjang mengenai isu ini. Dia memberitahu ibubapanya ingin perkahwinan ini dilangsungkan pada Jun tahun depan lantaran mereka ingin menunaikan fardhu haji pada akhir tahun tersebut. Mereka ingin menyelesaikan hal perkahwinan ini sebelum mereka pergi ke Tanah Suci Mekah. Aku agak terkejut juga pada mulanya lantaran perancangan asal kami berdua ialah untuk melangsungkannya pada hujung 2007 tapi nampaknya terbantut, hehehehehe. Aku memahami kenapa ini berlaku. Secara tak langsung,ibu bapa tunang aku ingin aku membantu menjaga adik2nya yang lain ketika mereka menunaikan haji(tak malu betul aku ni, hehehehe). Keadaan yang sama juga berlaku dulu semasa ingin melangsungkan pertunangan kami pada tahun lalu apabila ianya 'dilekaskan' atas sebab-sebab tertentu. Debaran yang aku rasakan baru-baru ini tentunya bertambah dengan berita ini. Kami berdua hanya ada 14 bulan untuk membuat pelbagai persiapan. Pelbagai persoalan menerjah ke minda tentang kebolahan aku menjadi suami yang baik tetapi aku mengambil iktibar dari ramai rakan-rakan sebaya yang sudah bahagia mendirikan rumahtangga. Jadi, genapnya umur aku 31 tahun, aku akhirnya akan 'terbang' dari kepompong keluarga aku dan berdikari...hmm...macam mana agaknya ye. Pada semua yang rajin membaca blog ni, aku akan memberikan update mengenai persiapan perkahwinan aku dari masa ke semasa. Yang pasti, usaha mengumpul duit harus aku lipatgandakan lantaran aku inginkan majlis aku nanti berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah kewangan dan aku juga tidak mahu mengharapkan bantuan ibu bapa aku sungguhpun mereka mampu. Oklah. rasanya itu sahaja buat kali ini. Berjumpa lagi di post akan datang.. 'impossible is nothing..'
kerja,life dan lain-lain lagi
03.15.06 (8:36 am) [edit]Assalamualaikum semua... Diam tak diam dah masok bulan Mac. Maknanya aku ni kira post sebulan sekali aje agaknya.Pemalas betul aku ni, hehehehehe Anyway, dlm bulan Mac adalah beberapa perkara nak kongsi dgn semua yg membaca blog ni. Secara perlahan-lahan, aku lulus setiap peringkat practical motor aku. Kadangkala terasa malu juge dgn adik ipar aku yg dah pun dpt lesen padahal dia amik lagi lambat. Hehehehe. Tak kisahlah asalkan aku dpt capai jugak cita2 aku yg tertunggak ni. Motor pun dah ader yg offer yg jual. member aku sendiri nak jual Phantom dia. Aku bilang bagi aku masa sampai Jun atau Julai. InsyaALLAH aku beli bila lesen dah dlm genggaman aku. Kerana tidak tahan dgn karenah pengurus baru, ramai2 kat tpt keje aku tulis petition antar kat CEO. Betul2 menggemparkan sampai dia antar 2 VP syarikat nak siasat perkara ni. Akhirnya pengurus tu dah dikeluarkan pun dari bahagian aku tapi cabarannya kini ialah bahagian kami sekarang tiada pengurus besar dan hanya ada pengurus operasi. Jadi kira mcm yatimlah gitu. Kena pulak dua bulan ni banyak betul demerit points division aku dpt. Semua tension jadinya. Perhubungan aku dan tunang aku biasa aje. Masing2 sibuk dgn hal sendiri. Biarpun dia ambil cuti seminggu awal Mac ni, aku tak jumpa dia selalu sebab tak nak ganggu dia sangat dan dia sendiri kata ambil cuti kerana nak rehat kat rumah dan taknak ke mana2 kecuali ader appt atau benar2 perlu. Mungkin ader yg kata pelik, ajaib atau mustahil tapi pada aku ni semua soal hati dan keyakinan. Lagipun bukan aku tak jumpa dia terus. Ader jugak jumpa nak pegi jemputan, Malah hari minggu lepas, aku habiskan masa hampir sehari dgn dia pegi jemputan dan celebrate birthday adik dia yg bongsu. Kira enjoy jugaklah kat rumah dia sambil bergurau senda dgn makcik2 dan sepupu2 dia. Apapun aku berpeluang bertemu semula dgn kawan2 yg dah lost contact and kita dpt berkongsi apa yg berlaku sepanjang kita lost contact. cuma aku agak sedih bila teserempak dgn sorang kwn yg dah lama terputus hubungan dgn aku tapi bila nampak tetap tak bertegur sapa. Mungkin salah aku agaknya. entahlah... Minggu ni soarng lagi member aku dah bergelar ayah. Dan aku sendiri dpt berita gembira apabila adik aku yg kedua beritahu dia pun mengandung. Jadi dlm beberapa bulan ni nak sambut 2 anak saudaralah. Hmm... Itu jelah cerita aku untuk kali ni. Jenguk2 lah blog aku yg lagi satu tu. Ade sesuatu yg menarik... signing out... 'To become a legend, be a man with an ideal'
Hari Lahir dan lain-lain lagi
02.22.06 (7:25 am) [edit]Assalamualaikum semua... Bertemu kita sekali dalam blog aku yang mengarut lagi panjang lebar ni, hehehehe. Pada bulan Feb ni, ada beberapa perkara penting yang berlaku yang ingin aku kongsi dengan hadirin pembaca2 yang setia(ewah dah bahasa bunga2 plak!) Seperti yang mungkin ada sedia maklum, Februari bulan yang penting sebab hari lahir tunang aku jatuh pada bulan ni. Jadi, seperti tahun lepas, aku ambil cuti setengah hari kerana nak raikan bersama dia. Kebetulan juga dia kerja shif pagi jadi aku tak perlu menunggu lama mcm tahun lepas. Yang hairannya, seperti tahun lepas, mesti ada yang tak kena terjadi. Kali ini, aku terpaksa bergegas pulang ke rumah kerana tertinggal hadiah dia. Aku pun heran mcm mana hadiah yang besar tu boleh aku tinggalkan. Akibatnya, aku sampai tak dapat nak ambik dia balik kerja. Dia marah juga tapi nasib mood dia baik. Asalnya memang aku nak bawak dia keluar have a romantic meal together tapi kerana kealpaan aku yang satu itu, tunggang langgang rancangan aku. Nasib baiklah dia bagitau keluarga dia memang nak keluar makan malam kerana nak sambut birthday dia. Aku dijemput sama,kira langkah kananlah. Kami makan di Fish and Co apabila tujuan asal nak makan kat Amirans Cafe tak jadi kerana dah pindah ke lokasi lain. Sebelum pemergian, dia sempat bukak hadiah besar yang aku bagi. Dia suka dengan hadiah yang aku bagi kerana selama ni pun memang dia ada sebut2 ttg benda yang aku bagi kat dia. Aku benar2 rasa gembira sebab semuanya berjalan dengan lancar dan aku berpeluang nikmati suasana bersama keluarga dia. Seminggu selepas tu,dia dan rakan sekerja dia adakan chalet pulak untuk sambut hari lahir rakan sekerja dia. Aku datang selepas kerja dan membantu apa yang perlu. Kesian juga aku lihat kepenatan terpancar di wajah tunang aku tu. Namun, yang penting aku tahu dia enjoyed herself. Sekitar 11hb, aku telah dipanggil untuk menghadiri satu ujian menterjemah bahasa. Ujian ni ada kaitan dengan permohonan aku untuk bekerja sebagai penterjemah. Aku merasa syukur kerana mampu menjawab semua soalan yg diberikan walaupun ada yg agak payah. Skrg hanya tunggu samada aku ditakdirkan mendpt pekerjaan tersebut kerana sememangnya aku dah tak tahan dgn kerja aku sekarang ni terutama selepas berlaku pertukaran pengurus dan percaturan politik semakin menjadi2. Sekarang aku cuba kurangkan keperluan untuk balik lambat dari kerja kecuali benar2 perlu. Lagi baik rasanya aku habiskan masa di rumah. Diam tak diam, sudah hampir setengah tahun aku bertunang.Segala perancangan aku untuk mengumpul 'duit khemah' sudah diatur. Tinggal tunggu masa untuk go full speed ahead. Kelmarin aku ada jugak bincang dgn mak dia ttg keinginan aku nak pinang dia pada hujung tahun jika aku berjaya mencapai jumlah terkumpul sasaran aku. Mak dia cuma jawab kalau aku mampu sediakan wang yang mencukupi, dia bagi lampu hijau,ehehhehehe. Satu suntikan semangat utk aku nampaknya... Oklah, rasanya dah terlampau panjang sgt ni. Nanti ada yg tertido dpn skrin komputer plak. Jumpa lagi di post aku yang akan dtg... '..a man who is truly brave will NEVER live in fear...'
Penat gilerrrr
01.25.06 (12:45 am) [edit]Assalamualaikum semua... Terpaksa aku meminta maaf sekali lagi kerana post yang maha terlewat ini. Terlalu banyak perkara yang menuntut perhatian hingga tidak sempat hendak menghantar pos yang terbaru. Inipun curi2 kat tempat keje apabila ada masa terluang sikit. Aktiviti Tahun baru Memandangkan dah masuk tahun 2006 dan 2007 hanya tahun depan, aku sudah memulakan langkah untuk menambahkan pendapatan, nak cari duit kahwinlah katakan. Kini aku menceburi bidang bisnes secara kecil-kecilan dan juga terus mencari peluang mengajar secara sambilan. Akibatnya, malam-malam aku kini agak terisi. Sebab tu lah tajuk kali ini 'penat gilerr' sebab memang terasa penatnya apabila 6 hari seminggu bekerja dari jam 7 pagi hingga menjangkau 10 malam pun ada. Apatah lagi ketika ini berlaku banyak pergolakan politik di tempat kerja dan ia amat menyukarkan aku untuk memberi tumpuan yang sepatutnya. Mujurlah sedari awal aku dan tunang aku tidak mengamalkan sikap perlu berjumpa selalu lantaran dia sendiri juga sibuk dengan tugas. Meskipun begitu, aku tahu dia prihatin dan marah juga apabila tahu aku sering pulang lewat dari tempat kerja sebab tak dapat tuntut overtime. Perbincangan antara aku dan dia mengenai perkahwinan BELUM lagi dapat dijalankan lantaran kesukaran untuk mencari waktu yang sesuai. Apapun, aku benar-benar berharap kali ini, terkabul hajat aku hendak melangkah setahap lagi dalam kehidupan dengan bergelar SUAMI. Mungkin aku tidak sehebat sesetengah orang yang mampu memberikan apa yang diingini oleh isteri mereka, apa yang aku tahu aku akan berusaha sedaya upaya aku untuk membahagiakan orang yang bakal menjadi isteriku dengan cara aku yang tersendiri. Oh ya, sebelum aku terlupa, tahun ni nampaknya bertambah seorang lagi keluarga adik perempuan aku yang sulung kerana dia kini sedang mengandung. Bapaku orang yang paling gembira dan tidak sabar menantikan kelahirannya, maklumlah cucu LELAKI yang pertama, hehehehe. Sudah hampir menjelang penghujung Januari tapi kehidupan aku masih agak kucar-kacir lantaran pengurusan masa yang belum teratur.Sehinggakan aktiviti menulis cerpen dan rencana sudah tersadai agak lama biarpun aku amat rindu untuk melahirkan karya lagi. Rasanya itu sajalah cerita aku untuk kali ini. Doakanlah moga post terbaru tidak lambat lagi,ehehehe.... Signing out
Post penutup tirai 2005
12.29.05 (8:39 am) [edit]8)
Assalamualaikum semua...
Moga sihat ketika membaca post terakhir 2005 ni. Seperti 'biasa', mahap kerana lamer tak post. Biasalah, kesibukan di tempat kerja amat menyukarkan aku nak post, apatah lagi, kini tugas2 kian bertambah. Apapun, akan aku tutup tirai 2005 dgn beberapa peristiwa yang berlaku dlm beberapa bulan kebelakangan ini dan juga sekaligus menyingkap secara ringkas tahun 2005 ni...Jeng...jeng...jeng....
Semasa hari Krismas yg baru berlalu, aku telah dijemput menghadiri perkahwinan seorang teman yg sekaligus merangkap sepupu bekas tunang aku. Aku hadir dengan adik serta ibubapa dan juga 2 org makcik aku yg juga dijemput sama. Tunang aku tak dpt pergi kerana kerja shif ptg. Aku pergi dgn hati yg terbuka dan penuh realisasi bhw aku kemungkinan akan terserempak dgn si polan dan suami si polan.
Mmg tak dpt mengelak. Beliau ada bersama suaminya, 'pilihan tepatnya'. Ketika itulah timbul rasa janggal dan kekurangan sedikit kerana aku dtg seorang diri. Apatah lagi, beliau kelihatan begitu intim dan lovey dovey bersama suaminya. Namun, aku harunginya dgn se cool yg mampu. Yg pasti, ramai sedara mara yg ada di situ agak terkejut melihat aku hadir dan menyapa mereka. Mungkin kerana telah lama tak melihat aku. Yg mengejutkan, aku diberitahu ibu dia menangis sejurus selepas bertegur sapa dgn aku. Aku pun tak pasti mengapa sebab aku dgn dia dah lama putus dan dia pun dah menjadi isteri org. Apapun, yg aku tahu, I wish that my fiancee is there with me sebab ingin aku tunjukkan pada semua org inilah wanita yg menyelamatkan aku dari terus kehilangan jati diri selepas jatuh ditimpa tangga sekitar sethn yg lampau.
Diam tak diam 2006 sudah hampir menjelma. Dalam setahun ini mcm2 telah aku harungi dan aku tahu, 2006 dan seterusnya tahun yg penting, thn nak cari duit kahwin dan membina keluarga dan masadepan. Di bawah aku senaraikan peristiwa penting, baik dan buruk buat tatapan umum dan peringatan diri sendiri.
1. Pindah ke pejabat baru.
2. Naik gaji dan pangkat hanya selepas 6 bulan bekerja.
3. Harijadi tunangku yg pertama dgnku dimana aku telah surprisekan dia.
4. Pertengkaran hebat pertama antara aku dgn tunang ku sebelum hari penting itu.
5. Ulangthn perkenalan aku dan dia yg pertama.
6. Pertunangan aku dgn dia.
7. Di pindah ke bahagian lain dgn mendadak oleh pengurus.
8. Ulang thn aku yg ke 29. ( Dah dekat 3 dekad hidup rupanya,hehehe)
9. Penghujung tahun yg amat stress. (tak mcm thn sudah, relaks je)
Untuk tahun 2006, seperti lazim org lain, aku juga ada azam. Cuma kerana belum memutakhirkannya, tidak akan aku kongsi di sini. Mungkin post pertama aku thn 2006 akan aku kongsi. Aku pun memang dah rancang nak duduk berbincang dgn tunang aku ttg thn dan masa depan secara total. Tgklah mcm mana.
Oklah. Rasanya itu sajer buat kali ini sebagai penutup tirai 2005. Semoga terus menyokong dan membaca blog aku ni walaupun tak secanggih blog2 lain. Salam hormat buat semua...
signing out
Zaini
0030hrs
KL
Kisah raya dan lain2..
11.11.05 (6:33 am) [edit]8)
Assalamualaikum semua...
Jutaan dan bilionan mahap atas update yg tersangatlah terlewat ni. Kesibukan seharian amat menyukarkan aku nak update biarpun dah pasang internet kat rumah baru aku ni. Memandangkan tgh musim raya ni, kira maaf zahir batin jelah eh,hehehehe.
Kisah Raya
Terasa mcm terlalu cepat bulan mulia Ramadan dtg dan pergi. Tup2, raya dah tiba. Thn ni masuk raya kedua aku rayakan dgn tunang aku. Tahun ni terasa bersemangat sikit selepas tahun sudah yg agak malap (maklumlah tgh petik anggur wktu tu). Tahun ni boleh dianggap sensasi agaknya bagi sesetgh org memandangkan ni tahun terakhir sebelum Geylang ditutup utk ubahelok. Tapi aku cuma jejakkan kaki kat Geylang sekali je. Itupun pasal nak byr fitrah. Tunang aku lagi best sb dia tak jejak langsung. Dia mmg tgh sibuk ulangkaji utk O Level dan jugak sibuk bekerja, jadi manalah ada masa sgt nak round Geylang. Lagipun dia kata mcm malas gitu. Aku pun sama sebenarnya.
Jadi ironinya sungguhpun keadaan ekonomi aku jauh lebih baik, aku tak beli baju Melayu yg baru. Aku cuma beli 2 pasang seluar dan 2 baju kemeja. itupun cheap sale kat JL CompassPt kat rumah aku. Tunang aku pun sama. Dia dpt baju free dari mak dia selepas mak dia alter dan takleh pakai. Lagipun dia ada tempah satu sut baju dari MANIQ siap dgn beg dan kasut matching beberapa bulan sbl puasa.
Aku dan dia tahu mesti ada yg tanya knp kita tak pakai sedondon. Dan mmg terbukti ada org tanya. Aku dan dia sama2 rasa its not reali necessary sb we dont nid baju sepasang to show off that we r a couple esp masa raya. Lagipun dia tak celebrate sgt pasal ada O Level.
Kelainan pada tahun ni terletak pada satu perkara utama. Kedatangan aku ke rumah tunang aku pada hari raya pertama membuka mata aku pada hakikat betapa keluarga dia begitu menitikberatkan tali persaudaraan. Jumlah adik beradik mak dan bapak dia yg besar menjadikan raya satu acara istimewa dgn berkumpul sambil mengeratkan lagi tali persaudaraan. Aku benar2 rasa bersyukur dan bertuah dpt menjadi sebahagian dari keluarga besar ini.
Sejauh ni, keluarga aku sendiri masih cuba mengekalkan juga kemesraan adik beradik biarpun masing2 dah yatim piatu. Jadi aku rasa seronok jugalah naik lori dan ziarah rumah sedara mara yg lain.
Setelah setahun menunggu, akhirnya aku dapat juga melihat bagaimana cara tunang aku bermaafan dgn aku. Mcm awkward gitu tapi tak kisahlah sb aku tahu dia ikhlas.
Walaupun aku dgn dia tetap jarang berjumpa dan spend time, ini tak sedikit pun menjejaskan ikatan aku dgn dia. Aku percaya pada kekuatan dan keikhlasan hati. Lagipun kami ada cara sendiri nak lepaskan rindu...macam semalam apabila dia telefon aku dan jadinya aku berbual hampir 2 jam hingga 1230 mlm sungguhpun esoknya dia ada exam. Thks dear...
Kisah Kerja
Skrg kat tpt keje aku sedang berlaku pergolakan politik yg dahsyat dan akulah mangsa pertama apabila tak semena2 ditukarkan ke bahagian lain tanpa sebab yg munasabah. Takpelah, ALLAH Maha Kaya. Lagipun ini peluang utk aku belajar sesuatu yg baru. Aku tetap yakin keadaan akan lebih baik selepas ini...
Lebih kurang gitulah cerita aku sejauh ni. Diam tak diam, dah nak masuk hujung 2005. Cepatkan? Oklah aku nak berundur dan beradu..Slmt malammmmm.....
signing out
Kehidupan di rumah baru dan lain-lain...
09.28.05 (1:32 am) [edit]8)
Assalamualaikum semua...
Lama kita tak bersua muka. Dalam masa sesingkat ni, macam-macam dah berlaku. Aku sentiasa sibuk sebab tulah aku tak ada masa nak update blog ni. Pada yang menanti post terbaru, mahaplah ye sebab terlewat.
Berpindah
Buat pengetahuan semua, aku dah selamat berpindah ke rumah baru. Tak lama. Baru seminggu dua gitu. Semacam rasa lega bila urusan rumah akhirnya selesai dan keluarga aku dapat bersatu semula.
Sempena berpindah tu, keluarga aku mengadakan kenduri kesyukuran dan jamuan kecil2an. Rakan2 dan ahli keluarga terdekat telah dijemput. Kira meriah jugaklah. Sedara mara tunang aku pun turut dijemput. Kami menghabiskan masa makan, berbual dan menonton cerita Indonesia lama, Jaka Sembung. Pakcik tunang aku sempat buat kelakar apabila melihat gelagat seorang pelakon perempuannya yang suka berbaju tak berlengan tapi bulu ketiak belum dicukur lagi. hehehehehe. Ketawa besar semua yang ada kat situ apabila mendengar lawak pakcik tunang aku.
Tunang aku datang agak lewat kerana dia baru pulang dari kerja. Dia dtg bersama sepupunya yg jugak kawan aku, Hidayu. Aku pun mengambil kesempatan nak menyakat sepupunya sebab itu memang hobi aku.
Setelah seminggu tinggal kat rumah baru, perasaan aku berlainan benar. Mungkin sebab aku ada bilik sendiri, sesuatu yg tidak pernah aku dapat sebelum ini. Jadi susah jugaklah nak tidur untuk sehari dua yg pertama. Apatah lagik rumah masih berselerak dgn kotak2 yg belum dibuka.
Kerja
Semakin lama kerja semakin stressful. Sampaikan hari ini aku confide dgn mgr aku dan ckp aku terasa diri aku makin terkebelakang dari sehari ke sehari. Mgr aku ada tegurkan yg kerja mudah yg dia suruh memakan masa yg agak lama. Aku sendiri tak mahu burnout, mentally dan physically lantaran paperwork yg kelihatan tiada penghujung. Mgr aku memberi beberapa tip untuk aku cuba praktikkan agar tidak burnout dan lebih mampu untuk menyelesaikan kerja yg diberikan. Dia kata aku tahu all the tools tapi mempraktikkannya is another matter.
Minggu ni genap sebulan aku bertunang. Tidak banyak kelainan dari segi rasa. Cuma aku dapat tahu akhirnya kenapa bapak aku semacam berkenan sangat dgn calon menantu dia ni. Satu hari, ketika naik LRT, dia cakap dia suka cara tunang ku yg pandai menyesuaikan diri dengan keluarga aku dan sentiasa cuba hadir di keramaian yg keluarga aku anjurkan. Aku senyum-senyum kambing dan kembang lubang hidung apabila bapak aku puji tunang aku macam tu. Maklumlah bapak aku jenis yg tak banyak bercakap dan lebih suka memerhati dan berdiam diri.
Itulah saja ngomel2 aku untuk kali ni. Bagi pembaca2 setia aku(cewah, mcm maner punya celebrity gitu) akan aku sajikan sesuatu yg baru untuk blog aku yang satu lagi ethanhunt@blogdrive.com. Nak tahu? Tunggu…………